Thursday, January 7, 2010

Pertemuanku dengan si dia, suamiku~

Tatkala tenangnya hati bila bibir melafaz zikir, 
Tatkala tenteramnya jiwa bila mata menghadap baitullah,
Mengorak aku menunduk diri,
Mengangkat tapak tangan dr lepak di bumi,
Membiar mulut berbicara hati,
Di bibir lembap dibasahi zamzam.
Berdoa kudipertemu jodoh yg benar,
Yang hanya dialah suami lagi kekasih.
Maka kupohon biarlah ia dipermakbul. 

Siapa yg tahu itu tak terduga,
Sepurnama setelah itu kubertemu dengannya,
Dari kenalan, hati mengusik jiwa,
Terus berputik mekar bersama, 
Sentiasa senyum walau kadang termuram manja,
Berkat keikhlasan bercinta setia.

Namun, bagaikan adat orang melayu,
Tidak senang melihat bahagianya org lain,
Ada saja iri hati lalu berdengki.
Cuba memisahkan ikatanku yg semakin kuat. 
Pelbagai cara dicuba mencabar sabar,
Sampai tak sedar air mata mentakhta diri. 

Namun, melatah bukan sifatku;
Aku masih berfikir waras,
Semuanya kerana Tuhan masih ada.
Makanya aku & dia tetap memegang teguh pertalian itu,
Sehinggalah tiba masanya Ijab & Qabul,
Menyatu diri membina masjid,
Membentuk kebahagiaan yg lebih beerti.

Kini cintaku & dia semakin tegar & kuat.
Tak getar dek hasut, tak rapuh dek dengki,
Kerana Tuhan maha besar,
Tiada siapa yg dpt menandingi kuasaNya.

Apa yg kupinta, biarlah cintaku ini tegar & kekal hingga dibawa ke syurga,
Senang bahagia hidup disinari cahaya rahmatNya.
InsyaAllah, Allah maha besar.    

Rindu lagi :(

Tersadai di atas kerusi, 
Aku lepak seorang diri,
Terkedap indah di dalam sunyi,
Tapi di luar bermacam bunyi...

Ada burung berkicauan,
Ada motokar berderuan,
Ada manusia berjalan, 
Walhasil, ada kemeriahan...

Lalu kurenung di sebalik diriku,
Apakah yg membelenggu fikiranku,
Tanpa meriah aku terpaku,
Dek jiwa resah gelisah tak siapa yg tahu...

Aku kupas dan kupas perasaanku,
Mencari jawapan bg setiap perbicaraan hatiku,
Hingga akhirnya diriku tahu,
Rupanya jiwa resah kerana merindui suamiku.