Kerana cinta,
Fikiranku meronta
Meronta pinta belas keluarga.
Kerana cinta,
Hatiku melebur
Melebur kasih nan teguh.
Kerana cinta,
Diriku mengabdi
Mengabdi sepuas hati.
Kerana cinta,
Aku tempuh seluas alam
Walau aku tau
Kudratku lemah
Mungkin tak sedaya mana.
Namun kerana cinta,
Aku rela betapa lama
Tak henti langkah jika tak henti nadi.
Tapi hanya kerana cinta
Adakah si dia melangkah di alamku?
Adakah langkahnya seiring nadi?
Hanya kerana cinta,
Aku gila berkata
Kerana, hanya cinta
Hati aku bertakhta.
No comments:
Post a Comment