Wednesday, December 23, 2009

Coretan Pagi

"Selamat pagi, sayang"
Kuberbisik di dalam hati,
tapi tak terungkap dek mata yang masih melayang.
Hanya tubuhnya yang kudakap tanda pagi sudah meniti.

Persiapannya kunanti agar dia menjadi lengkap,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,
lalu makan minumnya kusaksi atau kukongsi agar biarla selera bertambah seri.

Langkahnya demi kerja kususuli,
Namun bila di pintu kuterhenti,
Kerana giliran kukerja masih bercuti,
Untuk berada di rumah sementara menjadi suri, 
walaupun hati ingin di sisi.
Maka di situ kuhulur sepuluh jari,
lalu didakap dicium tanda cinta luhur yang bersaksi.

Kunanti ketibaannya di sana,
sambil mencoret luahan ini.
Bila berdering berita darinya,
hatiku berasa lega,
Alhamdulillah dia tiba dengan selamatnya.

Begitulah hati seorang isteri...
Menanti & terus menanti...
Saat tibanya di sisi suami...
Kerana itulah dia yang sentiasa bertakhta di hati... 

Tuesday, December 15, 2009

Our Love Chemistry

The love chemistry between us is such a wonderful thing to think of,

When we first met on the "Oceanus" bridge,
Our dopamine, norepinephrine and phenylethylamine released into racing heart.

When we accidentally lost at the out of nowhere, 
Our 'love cocktail' crazed, can't-think-of-anything-but stage of romance...

When that powerful chemistry reaction proceeding with times,
Our breathless feelings finally led us into one more hidden chemistry;
The spiritual affinity that thankfully brought us into a deeper level...
The blessed marriage, which turned our heart & soul into a single magic substance with integrity as the base,
Where then, your presence gives me the feeling of warmth...

Subhanallah,
The love chemistry blessed into a true love between you & I,
And that... Alhamdulillah,
May our love always fresh & blessed.
Ameen...

Sunday, December 13, 2009

Rindu

Dahulu semasa cinta baru berputik,
Rindu itu ada, tetapi masih boleh dibendung.
Kini bila sudah berumahtangga,
Rindu itu masih ada, tetapi sudah tidak boleh dibendung.
Inilah dia rindu berasas cinta suci sepasang suami isteri...

Suamiku,
Sayang & cintaku terhadapmu tidak dapat kubandingkan dengan apapun,
kerana keikhlasan nawaituku itu adalah untuk bersamamu.
Maka itu, rinduku ke atasmu semakin kuat bila kau dan aku telah bersatu.

Bila kau tiada walau hanya seketika,
baumu disusul hingga puas ke deria.
Jika di bantal bau pipimu, di situlah pipiku yang dilabuhkan,
Jika di baju bau badanmu, di situlah tanganku yang dipeluknya
bagaikan kau di sisi, indah walaupun maya,
itulah rindu isteri terhadap suami :)

Wanita kini

Wanita disinonimkan kelembutan,
Kelembutan dikaitkan hati & perasaan, 
Tapi benarkah wanita kini sebegitu atau hanya kepuraan?

Jika yang baik,
Tak perlulah ku ulas pengertiannya di sini,
Tapi yang jahil,
Inilah yang hendak kutengahkan kini...

Pertama, jika kau adalah isteri,
Mengapa perlu curang berdalih drp suami sendiri,
Lalu beralih kpd lelaki yang lain?
Adakah ketidakpuasan nafsu yang menggila menggetar jiwa,
Lalu mengganggu hubungan manusia lain yang masih kekal suci?
Muhasabahlah isteri,
Jangan sampai kau tidak dimaafi orang,
Kelak kau pun dibalasi Tuhan.

Kedua, jika kau bukan isteri,
Mengapa perlu menaruh cinta kpd suami orang lain?
Tidakkah kau rasa murah hingga tidak mampu mencari lain yang lebih berhak?
Adakah kau naif yang baru mengenal alam,
Atau pelacur murahan bertopeng wajah alim & sopan?
Muhasabahlah perempuan,
Jangan sampai kau tidak dimaafi orang,
Kelak kau pun dibalasi Tuhan.

Sesungguhnya aku juga isteri,
Yang sentiasa berusaha memperkukuh kesetiaan kpd suami...
Cuma aku hairan,
Mengapa wanita kini sebegitu rupa.

Wednesday, December 9, 2009

Cerita di hari akhir aku bersamanya...

Semenjak aku melahirkannya, tidak pernah sedetik pun aku teralpa selain mengenangkannya
aku dan suami pasti akan di sampingnya setiap hari iaitu kebiasaanya petang.
Namun pada hari terakhirnya, aku dan suami di sampingnya dengan perasaan hiba dan sebak.
Mana tidaknya, wajahnya ditatap berserta harapan yang menggunung
walaupun aku tahu itu kuasa Tuhan.
Surah & zikir tidak pernah lekang
semua yang terbaik didoakan untuknya.

Aku menyaksikan bacaan jantungnya yang semakin rendah
berserta reaksi peparunya yang naik turun tanda dia masih bernafas
maka aku & suami terus berzikir & memanggil2 namanya,
"Abir, Abir... Mommy & Daddy datang ni. Mommy/Daddy saaayang Abir sangat. Abir sehat2 ya sayang..."
sekejap2, aku memegang tangannya lalu dia menggenggam tanganku. Aku terus merasai seluruh tubuhnya kerana aku tahu aku Akan mrindukannya.
Dengan semua yang aku & suami lakukan itu, dia semakin kuat, degupan jantungnya kembali normal. Maka aku tahu, Abir ku itu sememangnya bersemangat kuat & menyayangi ibu & bapanya...

Namun apakan daya, jika Allah sudah mengkehendakinya, takkan pula aku hendak melawan...
Aku memaksa diriku untuk membiarkan dia pergi
walaupun aku bagaikan mati tidak tahan perasaanku di saat itu.
Aku mendakapnya dekat di jantungku, seakan tidak mahu lepas walapun sesaat...
Dia nazak di pangkuanku, lalu aku merelakan dia pergi.
Innalillah...

Kini, susuku untuknya hanya dibuang...
Sengaja diberhentikan kerana tiadanya dia untuk dinikmati...
Jika tidak, itulah saat manis bersamanya...
Tapi aku mesti redha dengan ketentuan Allah
sememangnya aku sedih, tapi kenyataannya dia di Jannah...
Mommy & Daddy rindu Abir, sayang...

Tuesday, December 8, 2009

Tangisan nyata

Bila nurani sudah tidak boleh berbisik
masakan mulut ingin berkata petes
lagikan mata ingin berligat habis
fikiran runsing berharapan tipis

Sedih ini mengguris jiwa
tak tertahan lagi mata berkaca
berjurai turun akhirnya jua
banjiri semua apa yang ada

Air mataku tidak akan berhenti
mengenangkan ia di saat nadi yang terhenti
hanya Dia yang memahami
sayangnya ibu terhadap anak yang mati

Ya Allah yang maha Esa
aku syukur atasMu yang berkuasa
cuma aku mohon biar hatiku sasa
mengharungi dugaan beralir masa