"Selamat pagi, sayang"
Kuberbisik di dalam hati,
tapi tak terungkap dek mata yang masih melayang.
Hanya tubuhnya yang kudakap tanda pagi sudah meniti.
Persiapannya kunanti agar dia menjadi lengkap,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,
lalu makan minumnya kusaksi atau kukongsi agar biarla selera bertambah seri.
Langkahnya demi kerja kususuli,
Namun bila di pintu kuterhenti,
Kerana giliran kukerja masih bercuti,
Untuk berada di rumah sementara menjadi suri,
walaupun hati ingin di sisi.
Maka di situ kuhulur sepuluh jari,
lalu didakap dicium tanda cinta luhur yang bersaksi.
Kunanti ketibaannya di sana,
sambil mencoret luahan ini.
Bila berdering berita darinya,
hatiku berasa lega,
Alhamdulillah dia tiba dengan selamatnya.
Begitulah hati seorang isteri...
Menanti & terus menanti...
Saat tibanya di sisi suami...
Kerana itulah dia yang sentiasa bertakhta di hati...
No comments:
Post a Comment