Tuesday, July 31, 2012

Sesaat kamu...

Di kala kesibukan mencari rezeki,

Di kala keriangan menyambut realiti,

Di kala kelemahan menahan sepi,

Pasti ada sesaat diriku dibayangi,

Dibayangi wajah dirimu yang telah pergi.





Mungkin…

Aku tidak sempat menjala cinta sepenuh jiwa

Menabur bakti hanya seluas hektar,

Memohon maaf apa yang salah.

Tapi… jika kau masih di dunia,

Tiada satu saat penyesalan yang kupinta,

Kerana kau ku sayang dan cinta.



Ibu, bapa, atau anakku yang disayangi,

Pemergianmu sentiasa diredhai,

Al-fatihah buatmu sentiasa di kelumat bibir

Walau aku memerlukanmu di saat ini,

Tapi syukur yang hakiki membatasi…

Kerana ku tahu kau bahagia di alam firdausi,

Dari mengharungi ketidaktentuan nasib di bumi,

Bersama karenah pencetus pelbagai reaksi.



Syukran jazilan ya Allah,

Sesungguhnya kau mengasihi diriku jua,

Kerana mengutus insan tersayang walau seketika…

No comments: