Dahulu semasa cinta baru berputik,
Rindu itu ada, tetapi masih boleh dibendung.
Kini bila sudah berumahtangga,
Rindu itu masih ada, tetapi sudah tidak boleh dibendung.
Inilah dia rindu berasas cinta suci sepasang suami isteri...
Suamiku,
Sayang & cintaku terhadapmu tidak dapat kubandingkan dengan apapun,
kerana keikhlasan nawaituku itu adalah untuk bersamamu.
Maka itu, rinduku ke atasmu semakin kuat bila kau dan aku telah bersatu.
Bila kau tiada walau hanya seketika,
baumu disusul hingga puas ke deria.
Jika di bantal bau pipimu, di situlah pipiku yang dilabuhkan,
Jika di baju bau badanmu, di situlah tanganku yang dipeluknya
bagaikan kau di sisi, indah walaupun maya,
itulah rindu isteri terhadap suami :)
4 comments:
hehe..okke :)
That's exactly how I feel when Amir was away for 4 weeks!! I thought I'd be fine since we've been through 4 years of long distance relationship before kawen. But I was wrong...it felt really different when he's not around after we're married.
Bila dah kahwin, rasa sayang & rindu tu mmg lain kan.. Lg bertambah
Post a Comment